BERITA SEMASA

PM puji peserta flotila ke Gaza

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anar Ibrahim memuji peserta Global Sumud Flotilla ke Gaza sambil menyifatkan tindakan mereka melambangkan satu pendirian tegas menentang penindasan serta solidariti yang mendalam bersama rakyat Palestin.

Kata Anwar, penglibatan aktivis antarabangsa, termasuk dari Malaysia, menegaskan kepentingan tanggungjawab bersama dunia dalam mencabar keganasan dan keganasan tajaan negara, serta memperjuangkan hak rakyat Palestin.

“Kecaman konsisten Malaysia terhadap pendudukan zionis dan kolonialisme penempatan di Palestin adalah bukti komitmen kita terhadap keadilan.

“Ia melangkaui sempadan negara, mengukuhkan hakikat bahawa solidariti dalam gerakan sosial adalah penting. Justeru, wacana berkesan mengenai keselamatan sosial dunia mesti mengiktiraf dan mengintegrasikan realiti ini,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 yang bertemakan ‘Membentuk Keselamatan Sosial Untuk Dunia Dalam Peralihan, di sini hari ini.

Beliau berkata, sebarang perbincangan mengenai keselamatan sosial pada peringkat global pasti akan berdepan dengan isu ketidakadilan sistemik.

“… (Bagaimanapun) berdiam diri terhadap kekejaman sebegitu menjadikan sebarang perbincangan tentang keselamatan sosial kosong dan tidak memadai.

“Apa yang kita perlukan sekarang ialah satu visi baharu, yang mencerminkan realiti hari ini dan mempersiapkan kita untuk cabaran yang masih menanti di hadapan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button