Kumpulan Jakel dan Ariani sumbang RM500,000 kepada Palestin
KUALA LUMPUR – Ibu pejabat Kumpulan Jakel, Jakel Tekstil menghulurkan sumbangan berjumlah RM300,000 manakala jenama tudung Ariani menambah RM200,000, menjadikan jumlah keseluruhan RM500,000 kepada Tabung Viva Palestina, Malaysia.
Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Pengasas Viva Palestina Malaysia, Puan Sri Norma Hakim.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, inisiatif ini adalah satu pernyataan kebersamaan dan solidariti kami untuk saudara kami di Gaza.
Dalam suatu usaha kolektif melalui Kerajaan Malaysia, Kumpulan Jakel turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM3 juta kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan oleh Kementerian Luar.

“Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan sokongan berterusan kami kepada usaha kemanusiaan di Palestin tetapi juga berfungsi sebagai peringatan mendalam bahawa komitmen Malaysia terhadap perjuangan Palestin tetap kukuh dan tidak berbelah bagi,” katanya.
Perang Palestin-Israel, yang telah berlarutan sehingga ke hari ini menyebabkan keadaan semakin mendesak dengan kemudahan awam seperti hospital, sekolah, masjid, dan gereja musnah akibat serangan Israel yang secara terang-terangan melanggar undang-undang peperangan antarabangsa.
Ribuan nyawa telah terkorban syahid dan cedera, dan dengan hospital yang dibom, bantuan perubatan juga menjadi sukar.

Dalam menghadapi tragedi tersebut, situasi di Gaza telah mengundang perhatian antarabangsa. Banyak negara telah tampil untuk menghulurkan bantuan bagi rakyat Palestin yang menghadapi kesukaran bekalan asas seperti air, elektrik, makanan, dan perubatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















