BERITA SEMASA

VFive Group bantu anak yatim Sarawak bina masa depan lebih baik

KUCHING – Usaha membantu anak-anak yatim mendapatkan peluang pendidikan dan membina masa depan lebih baik menjadi antara fokus VFive Group Sdn. Bhd. menerusi sumbangan kepada Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM).

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat berkenaan dalam menyokong kebajikan serta pembangunan pendidikan golongan kurang bernasib baik, khususnya anak-anak yatim di Sarawak.

Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, kejayaan sesebuah syarikat bukan sekadar diukur berdasarkan keuntungan dan pencapaian perniagaan, sebaliknya turut dinilai melalui sumbangan kepada masyarakat.

Menurutnya, amalan berkongsi rezeki dan membantu golongan memerlukan merupakan antara nilai yang diterapkan VFive Group sejak daripada awal penubuhannya.

“Di VFive Group, kami percaya bahawa kejayaan sesebuah perniagaan bukan hanya diukur melalui keuntungan dan pencapaian korporat semata-mata, tetapi juga sejauh mana kejayaan tersebut dapat dikongsi untuk membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

“Justeru, kami berharap sumbangan ini dapat menyokong usaha PERYATIM dalam menyediakan peluang pendidikan dan membina masa depan yang lebih baik buat anak-anak yatim di bawah jagaannya,” ujarnya.

Sumbangan itu disalurkan bersempena Majlis Jamuan Amal Makan Malam anjuran AD Interact International Sdn. Bhd. bersama PERYATIM di Hotel Sheraton, di sini pada Jumaat.

Majlis turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta wakil sektor korporat, penaja dan penyumbang yang bersama-sama menjayakan usaha mengumpul dana bagi kebajikan anak-anak di bawah jagaan PERYATIM.

Dalam pada itu, Mohd Syafiq berkata, kerjasama sektor korporat penting bagi memperluas sokongan terhadap golongan kurang bernasib baik, terutama dalam aspek pendidikan dan pembangunan potensi diri.

Selain sumbangan berkenaan, VFive Group menerusi Yayasan VFive turut aktif melaksanakan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) merangkumi bantuan kebajikan, pendidikan dan pembangunan komuniti.

Majlis turut diserikan dengan persembahan khas penyanyi Amir Masdi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button