JENAYAH & MAHKAMAH

Mahkamah tetapkan 1 Julai pengurusan kes wanita didakwa guna kekerasan jenayah ke atas Sultan Perak

IPOH – Mahkamah Majistret Ipoh hari ini menetapkan 1 Julai depan bagi pengurusan kes membabitkan seorang wanita yang didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri, tahun lalu.

Majistret Norizan Ridzuan menetapkan tarikh berkenaan bagi merekodkan pengakuan tertuduh, Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 41.

BACA JUGA:
Polis rujuk wanita cuba dekati Sultan Nazrin ke Hospital Bahagia
Mahkamah tolak pengakuan bersalah wanita didakwa serang Sultan Perak
Wanita meluru ke arah Sultan Perak dituduh gunakan kekerasan jenayah
Wanita cuba serang Sultan Nazrin direman tiga hari
Wanita ada rekod dadah, psikiatri ditahan ceroboh pentas Sambutan Hari Kebangsaan di Perak

Pada 8 Oktober tahun lalu, mahkamah menolak pengakuan bersalah tertuduh selepas pihak pendakwaan memaklumkan laporan daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta menyatakan wanita itu menghidap skizofrenia dan berada dalam keadaan tidak siuman ketika kejadian.

Terdahulu, pada 8 September 2025, tertuduh dibawa ke mahkamah sama, namun tiada pengakuan direkodkan selepas dia diarahkan menjalani pemerhatian psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Nishaalini, manakala tertuduh diwakili peguam Amrick Singh Sandu.

Wanita itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Sultan Nazrin dengan cuba menyerang baginda di hadapan Dewan Bandaraya Ipoh di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab pada pukul 8.20 pagi, 31 Ogos 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan, denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button