BERITA SEMASA

Kerajaan MADANI tekad terus perkukuh hal ehwal Islam – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh urusan hal ehwal Islam secara inklusif dan berkesan.

Perdana Menteri berkata, tekad itu akan dilaksanakan melalui semangat musyawarah antara negeri berpaksikan Perlembagaan Persekutuan

“Kerajaan MADANI akan terus membulatkan tekad untuk memperkukuh urusan hal ehwal Islam secara inklusif dan berkesan melalui semangat musyawarah antara negeri, berpaksikan Perlembagaan Persekutuan serta didukung oleh nilai dan aspirasi Malaysia MADANI, demi kesejahteraan umat dan keharmonian negara yang berpanjangan,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman media sosialnya hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali ke-74 yang dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sultan Perak
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat Majlis Kebangsaan Islam di Kuala Lumpur hari ini. Kredit gambar IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri.

Menyentuh mengenai mesyuarat itu katanya, Sultan Perak menekankan amanah kepimpinan, pemerkasaan pendidikan serta pengurusan hal ehwal Islam.

Katanya, nasihat itu amat bermakna dan wajar dihayati bersama sebagai panduan dalam mendepani cabaran semasa, di samping membina kekuatan nilai, ilmu dan nurani umat Islam di negara ini.

PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat Majlis Kebangsaan Islam di Kuala Lumpur hari ini. Kredit gambar IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri.

“Mesyuarat ini turut mencerminkan semangat muafakat dan kebersamaan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri dalam merangka pandangan serta keputusan strategik demi kepentingan umat Islam, selaras dengan keperluan semasa dan realiti masyarakat majmuk Malaysia,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button