BERITA SEMASA
PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ucapan itu dizahirkan menerusi satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Dalam hantaran tersebut, Anwar turut mendoakan agar Al-Sultan Abdullah serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan dilimpahi rahmat serta hidayah daripada Allah SWT.
“Dirgahayu Tuanku,” tulis Anwar.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








