Wanita cuba serang Sultan Nazrin direman tiga hari
IPOH – Wanita tempatan yang dipercayai cuba menyerang Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak semalam, direman selama tiga hari.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, tempoh reman bermula hari ini hingga lusa itu dikeluarkan oleh Majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab, lapor BERNAMA.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah,” katanya, hari ini
Terdahulu, wanita berusia 41 tahun itu tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira 10.15 pagi tadi dengan diiring seorang anggota polis.
Semalam, polis menahan wanita tersebut yang cuba menyerang Sultan Nazrin di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, di sini.
Wanita yang mempunyai rekod rawatan psikiatri itu kemudian ditahan pengawal keselamatan bertugas selepas masuk melalui tepi pentas ketika lagu kebesaran negeri Perak berkumandang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







