Cubaan serang Sultan Perak: Tindakan tegas, segera perlu diambil – Hamzah
KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menggesa pihak keselamatan mengambil tindakan segera, teliti dan menyeluruh berhubung insiden seorang wanita menceroboh pentas utama ketika Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Perak, pagi tadi.
Beliau menegaskan, kejadian itu amat tidak wajar serta tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan keselamatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
“Institusi Diraja adalah tonggak kedaulatan negara dan merupakan payung kepada rakyat jelata.
“Segala kelemahan dalam aspek kawalan keselamatan mestilah diperbaiki dengan kadar segera bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut melahirkan rasa dukacita terhadap insiden berkenaan dan mendoakan agar Sultan Nazrin serta kerabat diraja Perak, termasuk seluruh Raja-Raja Melayu sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan dikurniakan kesejahteraan berpanjangan.
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita ditahan kerana menceroboh pentas utama ketika Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Perak di Kuala Kangsar, pagi tadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







