BERITA SEMASA

Sultan Perak rasmi menara HASIL Teluk Intan

TELUK INTAN – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan merasmikan Menara HASIL Teluk Intan dalam satu majlis penuh gilang-gemilang yang turut dihadiri pemimpin negeri dan pengurusan tertinggi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, pembinaan menara ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh sistem pentadbiran percukaian yang lebih cekap dan profesional bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk di kawasan tersebut.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan merasmikan Menara HASIL Teluk Intan

“LHDN komited untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan terus dipertingkatkan bagi memudahkan urusan pembayar cukai. Dengan kemudahan baharu ini, kami berharap kadar pematuhan cukai juga akan bertambah baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Majlis itu turut disaksikan lebih 400 tetamu jemputan termasuk barisan kepimpinan negeri dan pengurusan tertinggi LHDN.

Pejabat LHDN Teluk Intan mula beroperasi pada tahun 1955 di Bangunan HSBC Bank sebelum berpindah ke beberapa lokasi lain. Pada 15 Mei 2018, pejabat itu akhirnya memiliki bangunan sendiri di atas tanah seluas 10 ekar.

Pembinaan Menara HASIL Teluk Intan itu dilihat sebagai langkah strategik dalam memastikan perkhidmatan percukaian terus relevan dan berkesan seiring dengan hasrat Kerajaan Madani untuk memacu kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button