LUAR NEGARA

Lelaki Malaysia diusir dari Australia kerana miliki imej penderaan seksual dalam telefon bimbit

CANBERRA – Seorang rakyat Malaysia berusia 26 tahun diusur keluar dari Australia selepas pihak berkuasa sempadan menemukan lebih 100 imej bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) pada telefon bimbitnya.

Menurut portal South China Morning Post, lelaki tersebut tiba di Sydney dan dipilih untuk pemeriksaan peranti oleh Pasukan Sempadan Australia (ABF).

“Ketika pemeriksaan dijalankan pada telefon bimbitnya, pegawai menemukan lebih 100 imej CSAM termasuk anime dan gambar yang dijana kepintaran buatan (AI).

“Dia ditahan untuk disoal siasat lalu dihantar pulang ke Malaysia. Ini juga mengakibatkan pembatalan visanya,” kata ABF dalam satu kenyataan.

Lelaki itu merupakan antara 17 pelancong yang dipintas ABF di pelbagai pintu masuk Australia termasuk di New South Wales, Australia Barat, Australia Selatan dan Queensland antara 1 hingga 14 Januari lepas.

Individu lain yang ditangkap dengan CSAM pada peranti mereka semasa tindakan keras itu termasuk lelaki Australia berumur 70, 57 dan 24 tahun serta seorang wanita Australia berusia 27 tahun.

ABF berkata, pegawainya telah menghentikan lebih 435 pesalah seks kanak-kanak yang berisiko di lapangan terbang di seluruh negara antara 1 Januari 2024 hingga 31 Disember tahun lepas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button