Kes budak dikelar: Polis tahan ibu bapa mangsa
BATU PAHAT – Ibu bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera dikelar dengan pisau di kediamannya di Parit Raja semalam, ditahan polis bagi membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, pasangan suami isteri berusia 41 tahun yang berniaga sendiri itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat kira-kira pukul 4 petang tadi.
“Polis turut membuka kertas siasatan baharu di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan pengabaian kanak-kanak,” katanya..
Menurut laporan, wanita berkenaan menyedari anaknya mengalami kesan kelar di leher sebaik sahaja dia tersedar daripada tidur pada jam 5.30 pagi di rumah mereka.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata tajam.
Terdahulu, Shahrulanuar Mushaddat berkata, kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).
Mangsa juga sudah boleh bercakap namun pihaknya belum merekodkan keterangan memandangkan kanak-kanak itu belum pulih sepenuhnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




