BERITA SEMASAKEMENTERIAN PERTAHANAN

Muat naik kandungan aib, ATM siasat dakwaan terhadap anggota

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mulakan siasatan terhadap dakwaan anggotanya memuat naik kandungan berunsur mengaibkan di media sosial.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai perkara berkenaan.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti kesahihan hantaran yang dimuat naik terbabit.

“Kita akan siasat,” katanya ringkas, memetik laporan Metro Online.

Terdahulu, tular satu hantaran yang didakwa dimuat naik oleh seorang anggota tentera sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen kerana disifatkan boleh menjejaskan imej dan reputasi ATM.

Hantaran itu menunjukkan anggota memakai seragam Tentera Darat memuat naik pelbagai video dengan kapsyen mengaibkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button