JENAYAH & MAHKAMAH

Fadhli Shaari, Nabil Halimi selesai saman fitnah secara baik

SHAH ALAM – Pertikaian membabitkan saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari terhadap Nabil Halimi di Mahkamah Sesyen Shah Alam diselesaikan secara baik hari ini.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua pihak memaklumkan persetujuan penyelesaian dicapai bagi menamatkan pertikaian berkenaan supaya masing-masing dapat memberikan tumpuan kepada perkara lain yang lebih mustahak, khususnya berkaitan kepentingan rakyat dan negara.

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu, Nabil mengambil pendekatan terbuka dan berlapang dada untuk memohon maaf kepada Ahmad Fadhli atas kenyataan yang sebelum ini menimbulkan pertikaian antara mereka.

“Permohonan maaf tersebut dibuat tanpa sebarang pengakuan liabiliti dan atas semangat menyelesaikan pertikaian secara baik, selain membolehkan kedua-dua pihak bergerak ke hadapan,” kata kenyataan itu lagi.

Susulan persetujuan yang dicapai, Ahmad Fadhli bersetuju menarik balik saman berkenaan selepas terma penyelesaian direkodkan oleh Mahkamah.

Ahmad Fadhli diwakili peguam Mardhiyyah Johari dan Ahmad Amzar Ahmad Azlan, manakala Nabil diwakili peguam Khairul Naim Rafidi dan Asyraaf Abu Bakar Hamzah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button