SUKAN

Muslim Ramli jadi harapan Putrajaya Cyborg dalam aksi pembukaan STL

KUALA LUMPUR – Pemain berpengalaman, Muslim Ramli menjadi sandaran utama Putrajaya Cyborg dalam aksi pembukaan STL Division 1 menentang Kedah Eagle di Akademi Sepak Takraw Negara, Kampung Baharu, di sini petang ini.

Pengurus Putrajaya Cyborg, Shahzan Ismail berkata, pengalaman dimiliki Muslim bersama seorang lagi pemain senior, Shohibul, dijangka menjadi aset penting pasukan dalam menghadapi saingan musim ini.

Menurutnya, Putrajaya Cyborg tidak gentar berdepan mana-mana lawan termasuk Kedah Eagle kerana pasukan telah menjalani persiapan rapi selama sebulan.

“Kami menghormati setiap pasukan yang bertanding, namun tidak gentar untuk berdepan sesiapa. Pengalaman dimiliki Muslim dan Shohibul amat penting untuk membantu pasukan terutama dalam situasi perlawanan yang mencabar.

“Pemain telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang tempoh persiapan dan kami yakin mereka mampu memberikan aksi terbaik,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.

Bagi aksi pembukaan itu, Putrajaya Cyborg dijangka menurunkan Muslim Ramli sebagai killer, Faris Syahmi (tekong) dan Shohibul Fadhilah (feeder).

Turut berada dalam senarai pasukan ialah Farhan sebagai killer, Aiman Khushairi (tekong) dan Hidayat (feeder).

Shahzan berkata, gabungan pemain berpengalaman dan bakat muda memberikan keseimbangan kepada pasukan untuk mengharungi cabaran STL Division 1 musim ini.

“Kami meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir. Ia bukan tugas mudah, namun saya percaya pemain mempunyai kemampuan untuk mencapainya jika mengekalkan disiplin dan fokus sepanjang musim,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button