BERITA SEMASADALAM NEGERI

Lamborghini Aventador milik lelaki warga China tidak disita

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menjelaskan kereta Lamborghini Aventador yang dipandu oleh seorang lelaki warga China tanpa lesen tidak disita, seperti yang dilaporkan sebelum ini.

JPJ WPKL menyatakan bahawa pemandu tersebut hanya dikenakan saman dalam Operasi Khas Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2025 yang dijalankan di Jalan Bangsar, semalam.

Menurutnya, tindakan saman dikenakan kepada pemandu itu dan kenderaan tersebut dibenarkan untuk dibawa pulang oleh seorang penumpang yang memiliki lesen yang sah.

“Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang mungkin timbul,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Pengarah JPJ WPKL, Hamidi Adam, mengatakan bahawa kereta tersebut adalah antara 27 kenderaan yang disita dalam operasi tersebut.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pencipta kandungan media sosial itu ditahan ketika sedang memandu kereta miliknya pulang ke Damansara Heights bersama teman wanitanya.

Pegawai penguatkuasa JPJ dikatakan telah meminta lelaki itu mengemukakan lesen memandu namun dia mengakui tidak memiliki dokumen yang sah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button