BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

MCMC pertimbang ambil tindakan undang-undang terhadap platform X – Fahmi

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti kemungkinan untuk mengambil tindakan perundangan terhadap platform media sosial X.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pertimbangan tersebut dibuat susulan penyalahgunaan Grok yang berlaku berulang kali, selain kegagalannya menapis kandungan berbahaya dan melindungi keselamatan semua pengguna, khususnya kanak-kanak.

“MCMC sedang mempertimbangkan untuk menyaman dan mengheret X ke mahkamah kerana gagal menjamin keselamatan pengguna-pengguna terutama di Malaysia. Kita pernah bawa Telegram ke mahkamah.

Beliau berkata demikian pada Majlis penyerahan watikah pelantikan pengerusi panel penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, MCMC sedang mengadakan perbincangan dengan platform media sosial bagi memastikan pematuhan Akta Keselamatan Dalam Talian dan undang-undang sedia ada.

“Perbincangan sedang dilakukan antara MCMC dan platform-platform media sosial untuk pastikan mereka akur dan patuh dengan Akta Keselamatan Dalam Talian.

“Apa yang boleh kita lakukan, termasuk dengan Akta Komunikasi dan Akta Media, sekiranya sesuatu keadaan itu melanggar undang-undang Malaysia,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button