UNIFIL undur dari Lubnan mulai Januari 2027
BEIRUT – Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) akan mula berundur dari negara ini selepas mandatnya tamat pada 31 Disember depan.
Ia selaras dengan Resolusi 2790 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut misi berkenaan, semalam, lapor Xinhua.
UNIFIL dalam satu hantaran melalui platform X memaklumkan bahawa pihaknya akan meneruskan operasi harian di seluruh selatan Lubnan, termasuk memantau dan melaporkan perkembangan semasa, menyokong Angkatan Tentera Lubnan, serta memudahkan pelaksanaan misi kemanusiaan hingga mandatnya berakhir.
Katanya, Majlis Keselamatan PBB (UNSC) sedang mempertimbangkan pengaturan bagi tempoh selepas pengunduran pasukan itu.
Pengumuman itu dibuat ketika Presiden Lubnan, Joseph Aoun; Perdana Menteri, Nawaf Salam; dan beberapa pegawai lain menggesa masyarakat antarabangsa mengekalkan kehadiran UNIFIL kerana bimbang pengundurannya akan mewujudkan kekosongan keselamatan di selatan Lubnan. – BERNAMA
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














