Pemandu Alphard cuba sembunyi elak JPJ ditahan, ada 20 saman tertunggak RM6,000
ALOR SETAR – Pemandu Toyota Alphard yang cuba bersembunyi di tepi bangunan bagi mengelak pemeriksaan JPJ akhirnya ditahan dalam satu operasi di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, di sini, semalam.
Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, Lelaki berusia 30-an itu bagaimanapun berjaya dikesan oleh anggota JPJ Alor Setar dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4 petang semalam.
Beliau berkata, walaupun cuba melarikan diri sejauh lebih satu kilometer (km), lelaki berkenaan akhirnya berjaya diberkas di belakang sebuah bank di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, di sini.
“Hasil semakan mendapati, kenderaan itu mempunyai lebih 20 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tertunggak bernilai lebih RM6,000 selain tidak memiliki cukai jalan dan insurans sah.
“Lelaki itu memberi alasan saman itu baru muncul tahun ini menyebabkan dia ‘terkejut’ dan berharap pihak berkuasa memberi masa untuk dia membayar saman berkenaan, ” katanya di sini, hari ini.
Stien berkata, tindakan penguatkuasaan tetap diambil terhadap mana-mana pemilik kenderaan yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya.
Katanya, kenderaan itu akhirnya disita untuk tindakan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








