BERITA SEMASA

KPM lanjut tarikh pengisian markah pentaksiran akibat jerebu

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) melanjutkan tarikh pengisian markah bagi beberapa pentaksiran persekolahan susulan gangguan sesi persekolahan dan pentaksiran akibat jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Menerusi satu kenyataan hari ini, KPM memaklumkan pelanjutan itu membabitkan tiga pentaksiran, iaitu Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PAT/PASA) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Bagi UASA serta PAT/PASA, tarikh akhir pengisian markah dilanjutkan dari 21 November kepada 28 November 2026.

Sementara itu, pengisian markah PAJSK yang dijadualkan berakhir pada 30 November ini dilanjutkan sehingga 5 Disember 2026.

Menurut KPM, pelanjutan berkenaan diharap dapat memberi lebih kelonggaran kepada murid, guru, ibu bapa dan penjaga dalam melaksanakan proses pengisian markah menerusi Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (MOEIS) KPM.

“Dengan pelanjutan pengisian markah ini, diharapkan murid, guru dan ibu bapa serta penjaga akan lebih selesa bagi pelaksanaan proses pengisian markah dalam sistem MOEIS KPM kelak,” menurut kenyataan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button