KPM nafi CCTV di sekolah berasrama penuh jejas privasi murid
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berasrama penuh tidak akan mendedahkan murid kepada risiko pelanggaran privasi, sebaliknya bertujuan meningkatkan aspek keselamatan di kawasan sekolah.
Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi penggunaan, pemasangan dan akses kepada CCTV telah dimuktamadkan, termasuk penetapan spesifikasi rakaman yang perlu disimpan sekurang-kurangnya selama 30 hari.
Beliau berkata, garis panduan pemasangan CCTV itu dirangka bagi memastikan keseimbangan antara keperluan keselamatan dan perlindungan privasi murid sentiasa terpelihara.
“Tanggungjawab diletakkan kepada pentadbir sekolah untuk memastikan CCTV dan aset lain dijaga dengan baik, disenggara serta berfungsi.
“Spesifikasi teknikal juga telah ditetapkan di bawah garis panduan pemasangan,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN–Arau) dan Khoo Poay Tiong (PH–Kota Melaka) berhubung inisiatif itu, Wong menjelaskan bahawa setiap set CCTV mempunyai harga siling RM15,000, manakala kaedah pemerolehan bergantung kepada peruntukan daripada Kementerian Kewangan, sama ada disalurkan terus kepada sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







