JKPK akan panggil Peguam Negara jelaskan isu DNAA Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Ke-15 Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan memanggil Peguam Negara bagi memberi penjelasan berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi.
Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen selaku Pengerusi JKPK berkata, satu laporan akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat sebaik selesai prosiding.
“Saya akan panggil kedua-dua Peguam Negara (Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Tan Sri Idrus Harun (bekas) untuk beri penjelasan.
“Kita (JKPK) akan bentangkan laporan selepas siasatan dibuat,” katanya ketika bangun mencelah sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.
William berkata bagi menjawab pertanyaan Tan Sri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang mempersoalkan tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergempar Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) untuk membahaskan isu berkenaan.
Terdahulu, isu itu dibangkitkan semula oleh Ahli Parlimen pembangkang sebaik Speaker mempengerusikan sidang Dewan Rakyat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








