LUAR NEGARA

Indonesia teruskan operasi pencarian bot wartawan hilang ketika buat liputan aktiviti Anak Krakatau

PANDEGLANG, Indonesia – Pihak berkuasa Indonesia meneruskan usaha pencarian lapan individu, termasuk lima wartawan, selepas bot laju dinaiki mereka ke Gunung Anak Krakatau untuk membuat liputan mengenai aktiviti gunung berapi itu dilaporkan hilang sejak Isnin.

Kumpulan itu bertolak dari Jeti Pagedongan di Carita, wilayah Banten, pada petang Isnin.

Mereka dalam perjalanan menuju Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda, antara Pulau Jawa dan Sumatera, sebelum hubungan dengan bot berkenaan terputus.

Menurut agensi berita negara Indonesia, Antara, lima wartawan terbabit ialah Muhammad Bagus Khoirunnas dari Antara, Arie Basuki dari Merdeka.com, Yudhistira dari iNews, Daus dari agensi berita Turkiye, Anadolu Agency, serta jurugambar bebas, Donal Husni.

Tiga lagi yang masih hilang hilang terdiri daripada dua kru beserta jurumudi bot berkenaan.

Menurut Pengarah Pejabat Pencarian dan Pertolongan Banten, Al Amrad, mesej terakhir daripada bot itu diterima oleh saudara salah seorang wartawan pada pukul 6.13 petang Isnin yang memaklumkan bahawa kumpulan berkenaan telah tiba di perairan sekitar Anak Krakatau.

ā€œTiada komunikasi lanjut diterima selepas itu,ā€ katanya.

Lokasi terakhir bot itu dikesan adalah kira-kira 18.5 kilometer dari pantai.

Semalam, operasi mencari yang dilancarkan terpaksa ditangguhkan susulan ombak besar dan jarak penglihatan yang rendah, sebelum disambung semula hari ini dengan kawasan pencarian diperluaskan.

Setakat ini, kesemua lapan individu berkenaan masih belum ditemui dan pihak berkuasa mengesahkan belum menerima sebarang isyarat atau komunikasi daripada mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button