BERITA SEMASA

YDP, TYDP MUAFAKAT MRSM Sungai Besar fail saman terhadap Rita Rudaini

KUALA LUMPUR – Yang dipertua MUAFAKAT Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar dan timbalannya memfailkan saman terhadap pelakon, Rita Rudaini selepas notis tuntutan mereka sebanyak RM1 juta tidak dipatuhi.

Mohd Roslan Mohd Nor selaku plaintif pertama dan Saidah Haris @ Harith selaku plaintif kedua memfailkan saman itu melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates diwakili Datuk Adnan Seman, 6 Dis lalu.

BACA JUGA:
Muafakat MRSM Sungai Besar anggap tuduhan Rita Rudaini fitnah, buat laporan polis, MCMC

Adnan berkata, kedua-dua plaintif memfailkan writ saman terhadap Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar yang didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah menerusi aplikai Instagram, whatsap dan beberapa aplikasi media sosial lain.

“Antara label fitnah yang dipersoalkan termasuk dakwaan plaintif-plaintif sebagai bongkak, narsisis, tidak professional,’prof kangkung’, gila jawatan, penipu, tidak layak memegang jawatan MUAFAKAT serta tuduhan salah urus wang ibu bapa.

“Kenyataan tersebut turut mengakibatkan penerbitan artikel sebuah akhbar tempatan yang memetik dakwaan mengenai kepincangan MUAFAKAT MRSM yang diterajui plaintif-plaintif,” katanya dalam satu sidang media, di sini semalam.

Jelas Adnan, kedua-dua plaintif turut mendakwa defendan bertindak secara semberono dan dikatakan mempunyai niat jahat kerana memuat naik kenyataan tanpa semakan serta mempunyai kesan reputasi yang besar memandangkan jumlah pengikut defendan yang ramai.

Sehubungan itu, katanya, kedua-dua plaintif menuntut perintah injunksi, memadam kenyataan fitnah, permohonan maaf secara video selama tiga bulan serta ganti rugi am, teruk, pengajaran, faedah 5 peratus setahun dan kos tindakan.

“Kes ini dibawa ke peringkat mahkamah selepas defendan gagal memadam semua pernyataan berbaur fitnah, aku janji tidak menerbitkan pernyataan fitnah, permohonan maaf dan ganti rugi am sebanyak RM1 juta yang diminta plaintif dalam satu notis tuntutan bertarikh 15 Oktober lalu.

Sebagai rekod, plaintif pertama merupakan pensyarah kanan Universiti Malaya dan ahli beberapa Majlis Agama Islam Negeri manakala plaintif kedua berkhidmat sebagai pensyarah cemerlang Institut Pendidikan Guru cawangan Ipoh, Perak, Munsyi Dewan Bahasa dan Panel Pembangunan Sijil Kemahiran Malaysia.

Dalam laporan media 18 Sept lalu, Roslan dipetik sebagai berkata, tuduhan yang dilemparkan selebriti itu sebagai fitnah yang boleh menjejaskan nama baik organisasi itu.

Roslan menegaskan, pihaknya sudah membuat laporan polis dan akan mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi melindungi reputasi pertubuhan serta ahlinya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button