Semakan panggilan PLKN 3.0 Siri 2 mulai hari ini, latihan bermula 11 Mei
KUALA LUMPUR – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memaklumkan semakan panggilan kemasukan pelatih ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 boleh dibuat mulai hari ini,
Dalam satu kenyataan hari ini, JLKN berkata,
semakan boleh dibuat menerusi menerusi laman sesawang https://jlkn.mod.gov.my/.
Katanya, seramai 550 pelatih dijangka terpilih menyertai siri latihan kali ini yang akan berlangsung selama 45 hari bermula 11 Mei hingga 24 Jun ini.
“Latihan akan dijalankan di dua kem Rejimen Askar Wataniah, iaitu Kem Rejimen 515 di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 di Pekan, Pahang.
“Sepanjang program, pelatih akan mengikuti modul latihan yang merangkumi 70 peratus Latihan Asas Ketenteraan dan 30 peratus Komponen Kenegaraan,” katanya.
Menurut JLKN, antara kandungan Latihan Asas Ketenteraan termasuk kemahiran asas ketenteraan, dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia MADANI serta latihan kepimpinan.
Selain itu, bagi modul Komponen Kenegaraan, ia memberi tumpuan kepada pembinaan jati diri, semangat patriotisme dan usaha memperkukuh perpaduan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan PLKN 3.0 Siri 2/2025 boleh menghubungi JLKN di talian 03-40133613 atau 03-40133618 (Unit Pelatih), atau emel ke info.jlkn@mod.gov.my.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








