Pelan Pendidikan 2026-2035 tumpu pembinaan sahsiah murid – KPM
PUTRAJAYA – Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2026-2035 bakal menjadi landasan baharu sistem pendidikan negara dengan memberi tumpuan terhadap pembinaan sahsiah dan moral murid sekolah.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, pelan berkenaan akan menggantikan PPPM 2013-2025 yang tamat tahun ini, selaras dengan usaha memperkukuh nilai insaniah dan pembentukan karakter murid.
Katanya, penekanan terhadap pembinaan karakter itu turut diterjemahkan melalui pelaksanaan Kurikulum Pendidikan 2027 yang akan bermula secara berperingkat pada 2026, bermula dengan murid prasekolah.
“Kita berikan perhatian kepada pembinaan karakter atau sahsiah. Ini bermakna kita mahu membangunkan nilai-nilai manusiawi dalam kalangan murid sejak awal persekolahan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Baca juga : KPM tekankan aspek keselamatan, pengetua diarah pantau sekolah
Beliau berkata, langkah itu juga sebagai menyahut teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung kepentingan membina nilai moral dan sahsiah dalam sistem pendidikan negara.
Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah kepimpinan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, sedang meneliti beberapa dasar penting yang akan dimasukkan dalam pelan baharu itu bagi memperkukuh hala tuju pendidikan negara.
Selain itu, katanya, cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah dan asrama turut diperhalusi bagi meningkatkan keselamatan warga pendidikan.
“Dalam bajet baru-baru ini, antara usaha kita ialah mendapatkan peruntukan untuk pemasangan CCTV dan saya yakin ia akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








