BERITA SEMASAPMX

Kabinet bincang cadangan RCI isu libatkan SPRM – PM

KAJANG – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengesahkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu yang melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau berkata, perbincangan berlangsung dalam suasana baik dan keputusan lanjut akan dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

“Kita dah bincang elok tadi, nanti ada kenyataan (akan dikeluarkan),” katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Pekan Kajang, di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dilaporkan akan mencadangkan kepada mesyuarat Kabinet supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’.

Dakwaan tersebut merujuk kepada tuduhan bahawa pegawai kanan SPRM dikatakan mengatur kempen intimidasi serta memberi tekanan terhadap eksekutif dan pemegang saham syarikat awam tersenarai supaya meletak jawatan atau menjual pegangan saham mereka pada harga diskaun kepada rangkaian ahli perniagaan tertentu yang mempunyai hubungan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button