BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki ditahan dengan pistol, 36 butir peluru

KOTA BHARU – Seorang lelaki berusia 50 tahun diberkas polis selepas penemuan sepucuk pistol bersama 36 butir peluru hidup dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kampung Sireh, Sabtu lalu.

Serbuan pada pukul 5 pagi itu dijalankan oleh pasukan Cawangan Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dengan kerjasama Cawangan D4 JSJ.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, memaklumkan suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan sembilan rekod berkaitan narkotik.

“Hasil ujian air kencing mendapati lelaki terbabit positif methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan tidak kurang enam sebatan.

Selain itu, siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang boleh membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000, serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula 7 September hingga esok bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button