Polis tahan dua lelaki hisap dadah dalam rokok elektronik
AMPANG JAYA – Dua lelaki ditahan polis kerana memiliki dadah MDMA yang diisi dalam rokok elektronik di Taman Melawati semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, dalam kejadian pukul 8.40 malam itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Taman Melawati menahan seorang lelaki di kawasan Taman Melawati berkaitan kesalahan dadah.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki satu batang rokok elektronik yang mengandungi cecair disyaki jenis MDMA.
Menurutnya, hasil soal siasat lanjut, membawa kepada tangkapan seorang lelaki yang menjual dadah disyaki cecair jenis MDMA di kawasan yang sama.
“Kedua-dua suspek ditahan dan merampas barang kes untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 12(2) ADB 1952.
Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








