BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Kebakaran bersiri di Baling mungkin perbuatan khianat -polis

BALING – Siasatan terhadap kes kebakaran yang kerap berlaku di daerah ini kini menjurus kepada perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan insiden antara 24 Disember hingga 2 Januari itu sengaja dilakukan oleh individu tertentu.

Setakat ini katanya, polis telah menahan lapan individu berusia antara 25 hingga 35 tahun untuk membantu siasatan.

“Kebakaran pada mulanya membabitkan motosikal bermula jam 3.30 pagi sebelum merebak ke rumah penduduk.

“Lapan daripada 13 individu yang disiasat telah ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, dalam kalangan lapan suspek, seorang disyaki terbabit dalam kes pecah tabung masjid di Kuala Ketil, lima individu disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan dua lagi dipercayai tokan dadah.

Kejadian kebakaran bersiri di daerah itu sebelum ini menyaksikan penduduk mengadakan solat hajat bagi memohon perlindungan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button