BERITA SEMASADALAM NEGERI

Polis sahkan Rex Tan dibebaskan, telefon bimbit dirampas

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan Bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya dirakam sejak tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata lelaki terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya dirakam.

“Kita turut merampas telefon bimbitnya bagi membantu siasatan,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Peguam Rex, Rajsurian Pillai berkata, wartawan terbabit baru sahaja dibebaskan polis sekitar jam 1.15 tengah hari tadi.

Baca jug : Rex Tan ditahan polis: Pekerja media tidak wajar dikena tindakan yang jejas keselamatan, maruah atau kebebasan bekerja – Geramm

Media hari ini melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan ke atas bekas wartawan portal berita FMT Rex Tan, selepas dia mengemukakan satu soalan yang didakwa mengandungi unsur perkauman.

Soalan itu ditanya dalam satu ceramah awam di Kuala Lumpur yang menampilkan ahli politik United Kingdom, George Galloway, bertajuk “Gaza Exposes the Complicity of International Actors.”

Susulan kecaman meluas di media sosial, Tan tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui gagal mengambil kira kesesuaian soalan yang dikemukakannya serta tidak mempertimbangkan sensitiviti isu berkenaan.

Beliau turut mengakui gagal memenuhi tahap profesionalisme yang diharapkan daripada seorang wartawan serta merayu orang ramai agar tidak menyerang FMT Media dan ahli keluarganya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button