LUAR NEGARA

Tentera Udara Jordan gugurkan bekalan perubatan di Tebing Gaza

AMMAN, Jordan – Angkatan Udara Jordan dilaporkan menggugurkan bantuan perubatan ke Tebing Gaza, pada malam Ahad.

Perkara itu diumumkan oleh Raja Jordan, Raja Abdullah II di akaun X miliknya.

“Anggota Tentera Udara Jordan menggugurkan bekalan ubatan penting ke sebuah hospital medan Jordan di Gaza, tengah malam tadi.

“Ini merupakan tanggung jawab kami membantu saudara kami yang tercedera di Gaza,” kata ciapan tersebut.

Agensi berita rasmi Jordan, Petra melaporkan, penghantaran itu terpaksa dilaksanakan kerana bekalan perubatan di hospital berkenaan sudah hampir habis.

Sementara itu, menurut portal Walla, pengantaran udara itu dilaksanakan dengan koordinasi daripada pihak Amewrika Syarikat (AS) dan Israel.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button