LUAR NEGARA

Trump dijangka bentang pelan damai tamatkan perang di Gaza

NEW YORK – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka akan membentangkan satu pelan perdamaian dan membincangkan visinya bagi menamatkan perang di Tebing Gaza kepada pemimpin Arab dan dunia Muslim.

Menurut Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt, Trump akan mengadakan pertemuan berasingan dengan pemimpin daripada Arab Saudi, Qatar, UAE, Mesir, Jordan, Turkiye, Indonesia dan Pakistan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), di sini hari ini.

Laporan Al-Jazeera yang memetik sumber Channel 12 Israel dan Axios berkata, Trump akan membincangkan bagaimana tentera Israel mungkin berundur dari Gaza pada masa hadapan, bagaimana beliau mahu pemimpin serantau menghantar tentera untuk mengekalkan ketenteraman, serta bagaimana proses peralihan dan pembinaan semula boleh dimulakan dan dibiayai.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, yang dijangka menghadiri pertemuan itu, sebelum ini menyatakan kesediaan negaranya menghantar pasukan pengaman ketika berucap pada persidangan mengenai penyelesaian dua negara yang dianjurkan oleh Perancis dan Arab Saudi di PBB, semalam.

“Kami bersedia memainkan peranan dalam perjalanan menuju perdamaian ini. Kami sanggup menyediakan pasukan pengaman,” katanya, pada hari Perancis dan beberapa negara lain mengiktiraf kewujudan negara Palestin

Pelan damai Gaza itu tidak disediakan oleh Israel, tetapi Perdana Menteri Benjamin Netanyahu difahamkan telah dimaklumkan mengenai butirannya.

Pelan tersebut dipercayai turut merangkumi penglibatan Pihak Berkuasa Palestin (PA), satu aspek yang sudah beberapa kali dinyatakan oleh pihak Israel sebagai “tidak akan diterima”.

Pelan tersebut juga tidak memberi sebarang peranan kepada Hamas, yang mana AS dan Israel menuntut supaya dibubarkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button