LUAR NEGARA

Chile ikrar bawa Israel ke muka pengadilan ICJ

VALPARAISO – Negara Chile yang mengiktiraf Palestin sejak 2011 tampil bersama-sama Afrika Selatan untuk mengheret Israel ke muka pengadilan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Presiden Chile, Gabriel Boric mengumumkan tindakan ke atas negara haram itu melalui ucapannya di kongres di sini, semalam.

Katanya, negara itu akan menyokong kes yang dikemukakan oleh Afrika Selatan di ICJ di The Hague, Belanda.

“Chile tidak akan terus berdiam diri atas kekejaman yang dilakukan Israel dan mahu perkara itu dihentikan.

“Tindakan yang sama juga perlu diambil oleh masyarakat antaraangsa kerana peperangan di Palestin tiada justifikasi,” katanya.

Selepas menghancurkan Gaza dengan jumlah kematian melebihi 36,000 nyawa, kekejaman Israel berterusan ke Rafah yang menjadi tempat perlindungan kira-kira 1.4 juta pendudu.

Walaupun telah diarahkan menghentikan serangan ke atas Rafah oleh Badan kehakiman tertinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Israel tidak mengendahkan arahan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button