BERITA SEMASALUAR NEGARA

Israel terus sasar petugas kesihatan, seorang paramedik terbunuh di Lubnan

BEIRUT – Serangan Israel ke atas sebuah pasukan ambulans di selatan Lubnan mengorbankan seorang paramedik dan mencederakan seorang lagi, sekali gus menambah angka korban dalam kalangan petugas kesihatan sejak konflik tercetus.

Menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) yang memetik Kementerian Kesihatan negara itu, serangan terbaharu berlaku di bandar Zibdine, wilayah Nabatieh pada Rabu.

Insiden itu berlaku hanya beberapa jam selepas dua lagi paramedik dilaporkan terbunuh dalam serangan berasingan yang turut dikaitkan dengan tentera Israel.

Kementerian Kesihatan Lubnan berkata, serangan berulang terhadap pasukan kecemasan dan perubatan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 130 petugas kesihatan serta penyelamat sejak konflik bermula pada Mac lalu.

Pihak berkuasa Lubnan menyifatkan tindakan menyasarkan ambulans dan petugas perubatan sebagai pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, ketika kebimbangan terus meningkat mengenai keselamatan kakitangan kesihatan yang bertugas di zon konflik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button