BERITA SEMASADALAM NEGERI

Sembilan delegasi FFC-TMTG Malaysia selamat tiba di KLIA

SEPANG – Laungan takbir dan sorakan solidariti bergema di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila sembilan delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) selamat tiba di tanah air, petang ini.

Pesawat membawa kumpulan itu mendarat pada pukul 3.55 petang sebelum mereka muncul di laluan utama balai ketibaan kira-kira pukul 5 petang, disambut penuh emosi oleh ahli keluarga serta rakyat Malaysia yang menunggu sejak awal.

Ketibaan wira dan wirawati negara itu turut diraikan oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Tinjauan mendapati, ahli keluarga peserta misi berkenaan sudah memenuhi kawasan balai ketibaan seawal jam 2 petang bagi menyambut kepulangan insan tersayang yang dianggap membawa semangat perjuangan rakyat Palestin.

Delegasi Malaysia yang terlibat ialah Prof. Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr. Fauziah Mohd Hassan, Dr. Maziah Muhammad, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. Ili Syakira Mohd Suhaimi, Dr. Mohd Afandi Salleh, Dr. Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan, Syafik Shukri Abdul Jalil.

Terdahulu, kapal pelayaran yang dinaiki mereka dipintas oleh tentera haram Israel ketika berada kira-kira 120 batu nautika dari Gaza, sebelum kesemua mereka ditahan di penjara Ketziot selama dua hari selepas dibawa ke pelabuhan Ashdod.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button