LUAR NEGARA

Israel dakwa berjaya bunuh Ali Larijani, ketua militia Basij

TEL AVIV – Rejim zionis mendakwa berjaya membunuh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Iran, Ali Larijani dalam satu serangan udara ke atas Tehran, semalam.

Laporan Times of Israel yang memetik kenyataan tentera rejim (IDF) berkata, mereka turut mendakwa berjaya membunuh Ketua Militia Basij, Gholamreza Soleimani bersama timbalannya dan beberapa pegawai kanan lain..

Pihak tentera berkata Larijani “bertindak sebagai pemimpin de facto rejim keganasan Iran” selepas kematian pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei.

“Selama bertahun-tahun, Larijani dianggap antara tokoh paling kanan dan berpengalaman dalam kepimpinan Iran serta rapat dengan pemimpin, Ali Khamenei,” kata IDF.

Menurut kenyataan itu lagi, selepas kematian Khamenei dalam serangan awal perang pada 28 Februari lalu, “Larijani mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin de facto Iran dan mengetuai pertempuran menentang Israel serta negara-negara lain di rantau tersebut.”

“Sebagai sebahagian daripada peranannya, Larijani mengetuai penyelarasan politik dan keselamatan Iran serta terlibat dalam mengarah aktiviti antarabangsa negara itu,” kata kenyataan tersebut lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button