Trump akui tentera AS guna senjata baharu ketika tangkap Maduro, isteri
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengakui anggota tentera negaranya menggunakan senjata dengan teknologi baharu dalam operasi menangkap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan isterinya.
Trump dalam satu wawancara dengan The New York Post berkata, senjata itu dinamakan “The Discombobulator”.
Beliau mendakwa, senjata misteri itu “menyebabkan peralatan pihak musuh langsung tidak berfungsi”.
“(Senjata itu) The Discombobulator. Saya ingin bercakap (mengenainya) namun tidak dibenarkan,” katanya dalam temubual tersebut.
Tidak banyak yang diketahui mengenai senjata itu, namun berdasarkan laporan di lapangan senjata itu berkemungkinan satu senjata yang menggunakan tenaga bunyi bagi melumpuhkan pihak musuh.
Seorang anggota pasukan pengawal Maduro mendakwa, “semua sistem radar tentera terpadam secara tiba-tiba tanpa sebarang penjelasan.”
“Perkara seterusnya yang kami lihat ialah dron, banyak dron, terbang di atas kedudukan kami. Kami tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas.
“Pada satu ketika, mereka melancarkan sesuatu; saya tidak tahu bagaimana hendak menggambarkannya. Ia seperti gelombang bunyi yang sangat kuat. Tiba-tiba saya rasa seperti kepala saya meletup dari dalam,” kata saksi itu.
“Kami semua mula berdarah dari hidung. Ada yang muntah darah. Kami rebah ke tanah dan tidak mampu bergerak. Kami langsung tidak boleh berdiri selepas senjata sonik itu dihalakan atau apa pun ia sebenarnya,” kata saksi itu lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







