LUAR NEGARA

Empat anggota tentera AS terkorban dalam serangan berkaitan Iran di Kuwait

WASHINGTON – Empat anggota tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan terbunuh dalam satu serangan yang dikaitkan dengan Iran, menurut kenyataan United States Central Command (CENTCOM).

CNN melaporkan, dalam satu hantaran di platform X, CENTCOM memaklumkan bahawa setakat pukul 7.30 pagi waktu Timur (ET) pada 2 Mac, empat anggota perkhidmatan AS disahkan terkorban ketika bertugas.

“Anggota keempat yang sebelum ini dilaporkan cedera parah akibat serangan awal Iran, akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan dialami,” katanya.

Seorang pegawai kanan AS serta sumber yang mengetahui situasi berkenaan memberitahu CNN bahawa anggota tersebut maut dalam serangan sama di Kuwait yang sebelum ini meragut tiga lagi nyawa anggota tentera AS.

CENTCOM turut memaklumkan identiti semua mangsa tidak akan didedahkan sekurang-kurangnya 24 jam selepas waris terdekat dimaklumkan, sebagai menghormati prosedur rasmi dan privasi keluarga terlibat.

Insiden berkenaan menambah ketegangan di rantau Teluk, ketika situasi keselamatan terus dipantau rapat susulan siri serangan dan tindak balas ketenteraan melibatkan Iran dan sekutunya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button