
Malaysia nyatakan pendirian tegas henti serangan ke atas Palestin di APEC – PM
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau tegas dalam menyatakan pendirian Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bahawa serangan ke atas Palestin harus dihentikan segera serta tidak boleh ditangguh lagi.
Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini berkata, pendirian itu disuarakan pada sidang akhir Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, AS.
“Kebetulan pada sidang akhir itu kedudukan Malaysia adalah berdepan dengan Presiden Joe Biden dan sebelah kanan saya itu adalah Setiausaha Negara AS, Antony Blinken… maka saya tiada pilihan dan menyuarakan dengan tegas pendirian
“Saya menyatakan bahawa ada pemasalahan, di mana kita diminta mengutuk Russia dalam soal Ukraine tetapi membisu dengan pembunuhan kejam, keganasan yang saya sebut sebagai ‘atrocities’.
“Dan saya sebut perkataan yang agak penting – jangan lagi orang barat menganggap hegemoni kolonial menentukan dasar dan bentuk tindakan kita maka saya menyatakan mereka tidak boleh memaksa untuk menentukan pendirian kita, di situ saya nyatakan kita mesti sekurang-kurangnya menghentikan serangan sekarang – ‘end stop now’,” katanya yang juga Menteri Kewangan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








