Rundingan konflik Thailand-Kemboja dijangka dimuktamad Khamis ini
KUALA LUMPUR – Rundingan konflik di sempadan Thailand-Kemboja dijangka akan dimuktamadkan Khamis ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menyelaraskan satu pertemuan melibatkan ketua-ketua tentera khususnya jeneral yang terlibat di sempadan kedua negara di Kuala Lumpur hari ini.
“Kita harapkan beberapa titik pertemuan diselaraskan Malaysia dapat dimeterai sebelum atau pada Khamis ini.
“Hal ini kerana pada 7 Ogos menteri pertahanan Kemboja dan Thailand akan bersama untuk mencapai kesepakatan. Mudahan ada penyelesaian muktamad dan tegas hentikan atau teruskan gencatan senjata,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) yang meminta penjelasan mengenai peranan Malaysia dalam usaha menjayakan rundingan perdamaian dan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja.
Konflik di sempadan Thailand-Kemboja bermula dengan pertempuran singkat pada 28 Mei dan memuncak menjadi pertempuran bersenjata pada 24 Julai.
Pada 28 Julai lalu, Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat susulan mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya oleh Malaysia, selaku pengerusi ASEAN tahun ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








