BERITA SEMASADALAM NEGERIPMX

Belanjawan 2026: Kerajaan peruntuk RM700 juta perkasa SPRM, PDRM, KPDN, JDKM dan MyCC

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan lebih RM700 juta bagi memperkukuh keupayaan badan penguat kuasa negara melalui program latihan dan perolehan aset baharu tahun depan.

Peruntukan itu melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu dibuat susulan kejayaan semua badan penguat kuasa berkenaan yang berjaya merekodkan hasil rampasan dan kutipan hampir RM15.5 bilion.

“JKDM akan memperkenalkan setem cukai digital dengan ciri keselamatan yang dipertingkat bagi membendung pemalsuan serta menangani ketirisan di pintu masuk negara melalui Centralised Screening Complex (CCTV).

“Ikhtiar e-Invois juga akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 2026, bersama sistem taksir sendiri duti setem bagi memupuk pematuhan cukai, manakala pembayaran balik cukai terlebih bayar akan disegerakan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button