PMX

PRN: BN didakwa mahu kembali berkuasa seperti dahulu di Johor

TANGKAK – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa keputusan Barisan Nasional (BN) membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor didorong keinginan untuk kembali menguasai pentadbiran negeri seperti sebelum ini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, tindakan itu menyebabkan PH terpaksa menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor walaupun pilihan raya tersebut disifatkannya tidak perlu diadakan ketika ini.

“Pilihan raya tak perlu sekarang tapi dipaksa juga (bertanding) kerana mereka rasa cukup kuat untuk berkuasa kembali. Johor ini tidak sabar, dia tengok takut terlepas nanti… sabar sekejap. Pilihan raya lambat lagi, buatlah kerja dulu.

“Cuba tanya untuk apa (pilihan raya)? Sebab itu rakyat kena faham tetapi dia tak beritahu hal ini. Yang dia beritahu kepada orang Melayu kita kena selamatkan orang Melayu daripada Cina DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Jelajah Johor Ke Depan, Undi Harapan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom di sini, malam tadi.

Menurut Anwar, penyertaan PH dalam PRN Johor bukan sekadar untuk bertanding, sebaliknya bagi memastikan wujudnya pentadbiran yang lebih stabil menerusi kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Beliau turut mendakwa pentadbiran kerajaan negeri ketika ini masih mempunyai banyak kelemahan berikutan pelbagai isu melibatkan rakyat yang belum berjaya diselesaikan.

“Rumah ibadat, surau dan masjid, keberkesanan PBT (pihak berkuasa tempatan) adalah kuasa negeri, rumah rakyat rumah… kos rendah tanah negeri kenalah bagi… kalau banding kepada Kuala Lumpur kenapa kita boleh buat (semua ini)?

“Rumah kos rendah bawah kerajaan negeri, buruk tak cat. Selepas ini bagi peluang kepada PH kita ubah semua ini.

“Kita nak tumpu martabat anak-anak Johor. Kita ada pengalaman lalu, kita cuba baiki negeri ini sebaik-baiknya, supaya tiada lagi penduduk miskin tidak terpinggir,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button