PMX

Anwar menghadap Sultan Selangor, sembah maklum isu pembangunan negeri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyembah maklum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai beberapa perkara termasuk isu semasa berkaitan pembangunan negeri itu.

Dalam satu hantaran di Facebook, Anwar berkata, perkara itu disembah maklum ketika beliau menghadap Sultan Sharafuddin.

“Menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj atas perkenan menerima patik menghadap.

“Dalam pertemuan ini, saya telah menyembah maklum terkait beberapa perkara termasuk isu-isu semasa membabitkan pembangunan negeri Selangor,” katanya.

Perdana Menteri turut mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan seluruh Kerabat Diraja Selangor sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah SWT serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Dirgahayu Tuanku,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button