BERITA SEMASA

Hormati keputusan rakyat, kerajaan tumpu usaha martabatkan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pemimpin dan rakyat menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diumumkan malam ini dan menumpukan usaha memartabatkan negara.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, rakyat tanpa mengira parti sama ada menang atau kalah harus menerima keputusan yang diperoleh daripada sistem demokrasi.

“Ini waktunya semua rakyat, semua parti, menang atau kalah harus bersilaturrahim menjaga keamanan negara, menumpukan perhatian dan mengangkat martabat negara,” katanya pada malam pengumuman keputusan PRN di Pusat Dagangan Putra di sini, malam ini.

Anwar berkata, selepas keputusan yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini, kerajaan Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Perpaduan akan terus menumpukan usaha mengangkat martabat negara.

“Bagi pihak Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Persekutuan, saya harapkan kerajaan terus kukuh selepas PRN ini dan terus berkhidmat

“Kita akan terus bertungkus-lumus meneruskan hasrat kita melalui Malaysia Madani dan Ekonomi Madani yang kita umumkan.

“Insya-Allah mulai Isnin kita akan terus bertugas bukan seperti biasa tetapi lebih tekun dan keras supaya Malaysia mencipta kejayaan membanggakan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button