PM, delegasi Malaysia tiba di Brunei hadiri ALC-27
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Bandar Seri Begawan hari ini bagi menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27) yang berlangsung esok.
Ketibaan Anwar bersama delegasi Malaysia disambut oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM), Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan isteri, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam.
Menerusi kenyataan di media sosial, Anwar menzahirkan kesyukuran atas ketibaannya di ibu negara Brunei itu.
“Alhamdulillah, selamat tiba di Bandar Seri Begawan.
“Ketibaan saya serta delegasi Malaysia disambut DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan isteri, YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam.
“Semoga Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27) yang berlangsung esok akan terus memperkukuh hubungan persaudaraan kedua-dua negara,” katanya.
ALC-27 yang berlangsung esok menjadi platform bagi kedua-dua negara memperkukuh hubungan persaudaraan serta membincangkan perkara berkepentingan bersama.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








