Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius ditubuh untuk tangani isu tatakelola – PM
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius (JTKS) bagi memperkukuh kredibiliti dan ketelusan pengurusan fiskal negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, keputusan tersebut ditubuhkan susulan mesyuarat JKKTN yang dipengerusikannya semalam.
“Perhatian serius diberikan terhadap penemuan audit berkaitan ketakteraturan kewangan yang boleh menjejaskan kredibiliti pengurusan fiskal negara.
“Sehubungan itu, dan selari dengan pengukuhan peranan Jabatan Audit Negara menerusi pindaan Akta Audit 1957, mesyuarat bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius,” katanya menerusi hantaran di platform X.
Anwar menjelaskan bahawa penubuhan JTKS bertujuan memastikan tindakan susulan yang dilaksanakan bersifat holistik, bersasar dan memberi impak tinggi.
Langkah itu juga, katanya, sejajar dengan prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan dan integriti yang menjadi teras pentadbiran kerajaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








