PM dipilih pemimpin ke 15 paling berpengaruh dalam dunia Islam
KUALA LUMPUR – Edisi terbaharu The Muslim 500 menobatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin ke 15 paling berpengaruh dalam dunia Islam.
Perdana Menteri juga disenaraikan di tempat kesembilan dalam kategori pemimpin dan ahli politik muslim paling berpengaruh mengatasi kedudukan tangga ke-17 pada carta edisi tahun lalu.
The Muslim 500 diterbitkan oleh pusat kajian bebas, Pusat Kajian Strategik Diraja Islam (RISSC) yang bernaung bersama Institut Pemikiran Islam Diraja Aal al-Bayt berpangkalan di di Amman, Jordan.
Pengiktirafan yang dikeluarkan oleh The Muslim 500:
The World’s 500 Most Influential Muslim 2025 itu juga menyenaraikan Raja Jordan, Raja Abdullah II Al-Hussein di tempat pertama diikuti Ulama dan Pengarah Dar Al Mustafay, Tarim Yaman Sheikh Al-Habib Umar Hafiz; Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani; Pemimpin Tinggi Iran, Ayatollah Sayyid Ali Khamenei dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.
Selain itu Presiden Indonesia baharu, Prabowo Subianto dan Pengerusi Nahdlatul Ulama, Yahya Cholil Staquf turut tersenarai di tempat ke-18 dan 19.
Pemilihan Anwar dibuat berdasarkan perjalanan karier politiknya yang melalui pelbagai pancaroba sehingga dilantik menjadi perdana menteri ke 10 Malaysia.
Pengiktirafan itu juga diberikan atas kelantangan Anwar terhadap isu Palestin, menentang kebiadapan tentera Zionis dan menyelar tindakan META yang menurunkan hantaran takziahnya terhadap Ketua Aktivis Hamas, Ismail Haniyeh di Facebooknya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








