BERITA SEMASA

Gangguan sistem brek: Operasi MRT Laluan Putrajaya kembali pulih

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya kembali beroperasi secara berperingkat mulai 9.32 pagi tadi selepas gangguan susulan masalah sistem brek sebuah tren di Stesen Jalan Ipoh, hari ini.

Rapid KL dalam kenyataan menerusi Facebook memaklumkan, perkhidmatan tren alternatif yang sebelum ini diaktifkan bagi membantu pergerakan penumpang kini dihentikan.

Menurutnya, frekuensi tren turut sedang diselaraskan secara berperingkat bagi memastikan operasi laluan berkenaan kembali stabil.

“Terdahulu, Rapid KL memaklumkan MRT Laluan Putrajaya mengalami kelewatan berpunca daripada sebuah tren yang tidak dapat bergerak akibat masalah sistem brek di Stesen Jalan Ipoh.

“Pasukan operasi telah mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif, manakala pasukan teknikal dihantar ke lokasi untuk memeriksa sistem terjejas dan menjalankan kerja baik pulih,” katanya.

Rapid KL turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami penumpang sepanjang gangguan berkenaan serta menghargai kesabaran dan kerjasama mereka.

rapid kl
Kenyataan media oleh Rapid KL.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button