BERITA SEMASAAUTOMOTIF & TEKNOLOGI

‘Bukan hanya LKAN, telah berkali-kali saya tegur Prasarana’ – kata Loke

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan meneruskan langkah-langkah proaktif dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan rel negara, termasuk Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah diberikan Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk menangani kelemahan dari segi kekerapan dan jumlah penumpang.

“Isu-isu ini telah saya nyatakan berkali-kali, bukan hanya kerana teguran Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

“Sistem KPI yang ditetapkan kepada Prasarana merangkumi Min Kilometer Antara Kegagalan (MKBF) bagi mengurangkan kegagalan, serta memastikan perkhidmatan MRT dan LRT lebih efisien,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perkapalan dan Pelabuhan Kebangsaan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai teguran LKAN Siri 2/2024 mengenai prestasi bilangan penumpang harian dan bilangan tren beroperasi serta kekerapan perkhidmatan tren waktu puncak masih tidak mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Skim Kereta Api Transit Aliran.

Menurut LKAN , Akaun Muktamad MRT1 masih belum ditutup walaupun projek telah siap serta beroperasi sepenuhnya sejak tahun 2017.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button