Cadangan naikkan had usia persaraan belum dibawa ke Kabinet, perlu perlu kajian lanjut
KUALA LUMPUR – Cadangan untuk menaikkan had usia persaraan daripada 60 ke 65 belum dibawa ke Kabinet.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cadangan sedemikian perlu dikaji dengan lebih lanjut sebelum diberi perhatian.
“Biar dikaji implikasinya, kewangan, penduduk, peluang pekerjaan baru, banyak implikasinya, ” kata Perdana Menteri.
Anwar berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Hadiah Bahasa Public Bank-Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai berkata, had usia persaraan itu wajar dipertimbangkan kerana ramai dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas masih aktif.
Beliau bagaimanapun berkata, cadangan itu adalah berdasarkan pandangan peribadi beliau.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








